Welcome To Ranau Golf Club Official Site

Saturday, February 21, 2009

KUNJUNGAN TUAN YANG TERUTAMA YANG DIPERTUA NEGERI SABAH TUN AHMADSHAH ABDULLAH 21 FEB 2009 KE RANAU GOLF CLUB




Pada hari ini iaitu 21 Feb 2009,Ranau Golf Club amat berbesar hati diatas kesudian TYT berkunjung untuk bermain golf di Ranau Golf Club.Ketibaan TYT Tun telah disambut oleh Presiden RGC Hj Amri Suratman,Naib Presiden En Jaimin Samitah,Setiausaha Kehormat En Jasnin Osman,Bendahari Kehormat En Jenipius Lumbog,En Amir Hamzar selaku Setiausaha Golf berserta dengan barisan AJK yang lain iaitu En Harinin Riman,En Hj Azmi dan En Simon Har.

TYT Tun tiba tepat jam 12.55pm dan setelah membuat lawatan ringkas di kelab,TYT Tun terus sahaja ke Tee Box 1 di temani oleh Tuan Presiden,Naib dan Setiausaha Kehormat.Permainan berjalan lancar sehinggalah di lubang nombor 6, dengan tiba-tiba hujan lebat turun memaksa TYT Tun ke pondok Lingkudau yang terletak di tee box nombor 6.

Permainan terpaksa dihentikan lebih kurang 15 minit sebelum disambung semula.Permainan 9 lubang akhirnya tamat pada jam 3.50 petang dan selepas menjamu selera dengan hidangan ringkas TYT Tun bertolak ke Hotel Perkasa tetapi berjanji akan kembali semula pada masa terdekat untuk pertarungan lanjut. Difahamkan Tuan Preseiden RGC yang bermain 40 pukulan,akan di cabar semula oleh TYT Tun pada masa terdekat ini.

Berikut adalah gambar-gambar kenangan pada kunjungan TYT Tun tersebut..

No comments:

Post a Comment